ComfortableIncome.net

$100 PER KLIK

BuxPTR

Sunday, November 2, 2008

Kita semua umat Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin
dan muslimat...Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda yang bermaksud: Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as
dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula
baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur
dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya
sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap akaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan
ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat
kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa
berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
melayang bermacam-macam dan dosa mereka
pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang
Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan
Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk
melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin
dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as
selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT
lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah
aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai
Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun
dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara yiaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya
dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya
di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya
yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul
Qadar didalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
paling utama di dalam solat (yang
lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya)
hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi
renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah
meninggal dunia...

No comments: